Saturday, July 1, 2017

Manis Cinta

Khabarkan pada aku
Apa hebatnya bila hati
terjebak dengan cinta
Yang indahnya cuma seketika
Selebihnya sengsara

Sini, cerita sama aku
Apa baiknya bila hati
naif ini jatuh cinta
Diam dalam rasa sendiri
kerna gusar dibenci

Yakinkan aku bahawa
rasa yang tanpa sedar
menelusup hatiku ini
Rasa yang akan
warnai dunia dengan
rona indah

Bila kerna cinta
hilang hormat dua jiwa
putus janji dua manusia
Jadi aku tertanya
Di mana sebenar manisnya cinta?

No comments:

Post a Comment