Wednesday, December 29, 2021

Tewas


Kemana kita sekarang?
Dalam kekurangan 
aku tak mampu teruskan,
Berapa lama lagi
harus aku paksa diri. 
Malam turut menangis
Memuntahkan segala isi 
tanpa hiraukan kata-kata.
Jadi aku beri kau peluang,
Pergilah, menangislah kau hati. 
Buang apa yang mahu,
Supaya kau kembali satu
Dengarkan bisikan dari angin
Dan marilah kita pulang. 

No comments:

Post a Comment