Tuesday, June 6, 2017

Ku Perlu Ruang

Duduk termenung aku
Cuba fahamkan ingin hati
Memandang kiasan kata-kata
Tetap jua gagal untuk mengerti
Namun...
Tidak sepenuhnya ku salahkan hati
Kerna kau tidak berterus terang
Dayus untuk mengaku benci
Kau pergi meminta ruang
Tapi...
Hati juga bebal untuk terima
Yang kadang kata tak perlu
terbit di bibir, cukup hanya
terang kelihatan di mata
Benar...
Jelas kau hamparkan inginmu
Jujur
Bila sedar maksud sebenar
berdarah jiwaku
Rupanya...
Yang kau ingin jauhi itu
Bukan semua...
Tapi hanya aku.

No comments:

Post a Comment