Friday, June 2, 2017

Rintih Hati pada Diri

Terasa retaknya hati
bila terlintas satu
nama di ingatan
Memberi amaran ia
tak mampu terima lagi,

Aku tarik nafas dalam
Hati menjerit sesak,
Ku cuba hela nafas lega
Hati sakit tersentak

Cukuplah meyiksa aku,
Kata hati...
Hulurlah tangan kerna
Sekadar imej maya
tidak pantas untukku
hilangkan rindu

Bawa aku temui dia,
Rayu hati...
Mulakan dulu kerna
aku mahu dengar
suara itu



No comments:

Post a Comment