Tuesday, April 7, 2020

ASA

Yang datang menyentuh rasa
Hanya bayangan indah manusia
Yang katanya kekal dijiwa
Kan tetap pergi selamanya
Pudar membuai leka
Hingga menghanyut nyawa
Usaikan masa duka
Menanti sinar tiba
Runtun jiwa berdua
Dalam kelam takdirnya
Kerana raga
Hancur redup kata
Hilangnya sukma
Berakhir kisah kita
Asa menyisih lenyap dari mata
Meragut hayat yang cuma seketika
Lemah terbiar tanpa cinta
Tercela mimpi kita
Kaku menghitung harap
Yang tiada nyata
Musnahlah segala rasa
Impian kita
Dan terbakar dunia megah
Lelah dengan rasa
Yang terjerat dendam
Runtuh jejak asa

No comments:

Post a Comment